Wednesday, April 7, 2010

Suka, minat, sayang n cinta .

Manusia sememangnya tak boleh lari dari 4 perkara di atas. Ada antara kita yang merasakan cinta. Ada juga yang sedang merasakan sayang pada sesorang. Kita juga tak dapat lari dari perasaan minat dan juga suka terhadap seseorang. Sesungguhnya 4 perkataan ini sebenarnya mempunyai maksud yang berbeza-beza. Sejauh mana kebenaran perbezaan ini hanya tuan empunya diri yang dapat menafsirkannya. Jom kita lihat maksud perasaan CINTA, SAYANG,MINAT dan juga SUKA.

Cinta - Perasaan ini membuatkan kita mengharap yang si dia menjadi milik kita. Segala perkara yang kita lakukan seboleh-bolehnya tidak mahu menyakiti hatinya. Kita akan sentiasa memikirkan dirinya.
Maksud tersirat : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je.



Sayang - Perasaan ini membuatkan kita sentiasa memerlukan si dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Kebiasaannya kita akan menyayangi seseorang yang selalu menjadi TELINGAkepada masalah kita.
Maksud tersirat : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya.



Suka - Perasaan ini lahir kepada seseorang yang kita sukakan kerana dia seorang yang kelakar dan begitu menyenangkan. Bila bersama dengannya, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu.
Maksud tersirat : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita.



Minat- Perasaan yang lahir bila ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.
Maksud tersirat : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan.

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home